
" Ricardo Izecson dos Santos Leite (lahir 22 April 1982 di Brasília), lebih dikenal dengan nama Kaká, adalah seorang pemain bolasepak Brasil yang kini menyertai Kelab AC Milan (bergabung tahun 2003; sebelumnya pada 2001-2003 di São Paulo). Kaká umumnya bermain di posisi serangan ataupun penyerang. Ia dikenal mempunyai dribble yang sangat baik serta umpan-umpan yang akurat. Tinggi badannya ialah 186 cm.Kaká berkahwin dengan Caroline Celico pada 23 Desember 2005 di sebuah gereja di São Paulo, Brasil.Kaká dilahirkan di Brasília, Brazil pada 22 April 1982, dia merupakan anak dari pasangan Simone Cristina dos Santos Leite dan Bosco Izecson Pereira Leite. Kaká mempunyai adik laki-laki, Rodrigo, yang dikenal sebagai Digão, yang mengikuti langkahnya bermain bola di Itali.Nama panggilannya Kaká, diambil dari bahasa aslinya, Portuguese, yang diucapkan seperti ejaannya, dengan penekanan pada suku kata kedua yang ditandai dengan aksen. Itu biasa dipakai untuk menyingkat nama "Ricardo" di Brazil, bagaimanapun juga, Kaká mendapatkan nama panggilannya dari adiknya, Rodrigo, yang tidak pandai menyebut "Ricardo" ketika mereka masih kecil. Rodrigo memanggil abangnya "Caca" yang kemudian berganti menjadi "Kaká".Pada bulan September 2000, di usia 18 tahun, Kaká mengalami ancaman pada kariernya dan kemungkinan patah tulang belakang yang menyebabkan lumpuh sebagai akibat kemalangan di kolam renang. Hal yang terburuk tidak terjadi dan Kaká pulih sepenuhnya dari insiden itu. Dia bersyukur kepada Tuhan atas kesembuhannya dan sejak saat itu ia menyumbangkan penghasilannya untuk gerejanya.1. Karier1.2 Karier KelabKaká menandatangani kontrak dengan São Paulo pada usia 15 tahun dan memimpin pasukan junior pada kemenangan ‘Copa de Juvenil’. Ia memulai debutnya di São Paulo FC tahun 2001 ketika di berusia 18 tahun. Pada musim pertama, dia menyumbat 12 gol dalam 27 perlawanan dan 10 gol dalam 22 perlawanan di musim berikut. Pada usia 17 tahun, ketika ia masih dalam pasukan junior, Sao Paulo berniat menjual Kaká ke pasukan dari Liga division 1 Turki, Gaziantepspor. Transaksi tidak terjadi, kerana pengurus Gaziantepspor, Nurullah Sağlam menolak untuk membayar $1.5 juta untuk pemuda 17 tahun itu. Setelah menyertai dengan pasukan senior São Paulo FC, penampilan Kaká berjaya menarik perhatian kelab-kelab di Eropah.Dia menyertai AC Milan dengan bayaran US $8.5 juta, jumlah yang dianggap ‘sedikit’ oleh pemilik kelab Silvio Berlusconi. Dalam sebulan, dia telah menyertai pasukan utama dan sejak saat itulah ianya menjadi permulaan pada kariernya. Kemunculannyanya di Serie A adalah ketika Milan bertandang menentang Ancona dengan kemenangan 2-0. Dia menghasilkan 10 gol dalam 30 perlawanan pada musim itu, AC Milan memenangi Italian Serie A Championship dan European Super Cup.Kaká adalah bahagian inti dari lima orang pemain tengah pada musim 2004-2005, biasa bermain dalam withdrawn role dibelakang striker Andriy Shevchenko. Dia menyumbat 7 gol dalam 36 pertandingan liga dan juga memenangi Italian Super Cup bersama dengan klubnya. Milan meraih posisi kedua setelah Juventus di Seri A dan dalam partai final dengan Liverpool pada adu penalti di UEFA Champions League.Salah satu gol Kaká yang sangat menakjubkan adalah ketika melawan Fenerbahçe SK di perlawanan pertama AC Milan dalam 2005-06 Champions League, menentang Rossoneri dan menang 3-1. Gol itu membuatnya disamakan dengan Diego Maradona kerana Kaká memulai lariannya dari tengah lapangan dan melewati tiga tackling sebelum memasuki kawasan penalti dan menyelesaikannya dengan shot rendah di bawah penjaga gol Fenerbahçe, Volkan Demirel.Pada 9 April 2006, ia membuat hat-trick pertamanya dalam pertandingan melawan Chievo Verona. Ketiga golnya dihasilkan pada babak pertama. Pada 2006, Real Madrid menunjukkan minat pada bintang 24 tahun ini, tetapi Milan dan Kaká menolak. Kaká telah menandatangani kontrak dengan Milan hingga 2011.Pada 1 November 2006, AC Milan lolos babak penyisihan UEFA Champions League setelah Kaká membuat hat-trick yang membantu teamnya menang 4-1 melawan RSC Anderlecht. Ini adalah hat-trick keduanya di Milan dan hat-trick pertamanya di peringkat Eropah.1.3. Karier antarabangsaKaká melakukan debut antarabangsanya pada bulan Januari 2002 dalam perlawanan menentang Bolivia. Dia adalah bahagian dari pasukan negara yang menang pada Piala Dunia 2002 tetapi aksinya tidak terlalu kelihatan kerana hanya bermain 19 minit di babak pertama menentang Costa Rica. Pada tahun 2003, dia menjadi ketua pasukan dalam Tournament Gold Cup di AS dan Mexico, memimpin Brazil ke tangga kedua dan membuat gol yang menentukan dalam perlawanan menentang Colombia. Setelah itu, dia beraksi di Confederation Cup 2005, dengan Kaká mencipta gol kemenangan dalam perlawanan akhir menentang Argentina. Dia berhasil mendapat tempat ke-10 dalam undian penghargaan untuk FIFA World Player of the Year 2004. Pada pemilihan tahun 2005, dia naik dua peringkat lebih tinggi. Terakhir, ia membantu Brazil dalam penyertaan pada Piala Dunia 2006. Kaká semakin matang sebagai pemain dan dianggap sebagai salah satu pemain bolasepak terbaik dari Brazil. Dia mencatatkan gol pertama Brazil di Piala Dunia 2006 pada perlawanan menentang Croatia pada 13 Jun 2006. Pada 3 September 2006 dia menyumbangkan salah satu gol tercantik untuk pasukan Brazil setelah melakukan umpan yang membuahkan gol kepada pemain yang baru masuk, Elano. Kaká mendapat bola dari pantulan corner kick Argentina, dan mengambil bola dari ¾ lapangan lalu menyumbat gol. Pada 15 November 2006, Kaká dipilih sebagai ketua pasukan Brazil dalam perlawanan persahabatan menentang Switzerland kerana ketiadaan ketua pasukan Brazil sebelumnya, Lucio disebabkan oleh kecederaan.1.4. Piala Dunia 2006Pada pertandingan pertama Brazil dalam Kumpulan F, Kaká menyumbat gol di minit ke-44 saat melawan Croatia. Sepakan kaki kiri dari jarak 25 meter membuat Brazil meraih kemenangan 1-0. Media menganggap Kaká sebagai satu-satunya anggota dari "magic quintet" – Adriano, Kaká, Ronaldo, Robinho dan Ronaldinho –yang dihasilkan dalam perlawanan itu. Dan juga ketika melawan Ghana dia mencatatkan dirinya dalam sejarah dengan mengumpan kepada Ronaldo, yang akhirnya menghasilkan gol sehingga Ronaldo memecahkan rekor Gerd Müller, gol terbanyak di Piala Dunia. Kaká ternyata tidak dapat meneruskan peluang ke perlawanan selanjutnya dan Brazil dikalahkan oleh Perancis di quarter final.Kehidupan peribadiKaká berkahwin dengan Caroline Celico di Gereja pada 23 Desember 2005, dua tahun setelah perpindahan Kaká dari Sao Paulo ke Milan. Caroline dilahirkan pada 26 Juli 1987, anak dari Rosangela Lyra, direktor Dior di Brazil dan Celso Celico, seorang pengusaha. Dia dan Kaká bertemu pada tahun 2001 ketika ia masih seorang menjadi seorang siswi dan Kaká masih bermain untuk São Paulo Football Club. Perkahwinannya dihadiri 600 orang, termasuk rakan-rakannya: Cafu, Ronaldo, Adriano, Dida, Júlio Baptista dan juga pengurus Brazil, Carlos Alberto Parreira.Kaká adalah seorang penganut Kristen yang taat.Dia dikenali suka memakai Christian gear dari dulu: dia pernah memakai T-shirt dengan tulisan "I Belong to Jesus" dalam beberapa pertandingan, seperti saat meraikan kemenangan Brazil di Piala Dunia 2002, dan perayaan Scudetto Milan pada Mei 2004. Dia menggunakan kasut yang ditambah dengan tulisan pada lidah kasutnya. Tiap kali ia menyumbat gol dia menunjuk dengan jari-jarinya ke langit sebagai tanda terima kasihnya kepada Tuhan dan mungkin ini yang pertama bagi seorang pemain bolasepak yang di levelnya: Dia bangga bahwa dia masih teruna ketika dia kahwin.(hehehe)Anda perlu tahu bahwa tidak seperti kebanyakan pemain bolasepak yang lain, minuman yang disukai Kakà hanyalah air kosong dimana kebanyakan pemain lebih suka minum minuman-minuman keras sambil berpesta di bar. Walau pernah diejek rakan-rakannya, dia tetap berpegang pada pendiriannya sehingga akhirnya dihormati teman-temannya, kesukaanya mendengar musik gospel juga aneh di kalangan pemain yang lain. Dia sangat mengidolakan penyanyi gospel Brazil, Aline Baros. Hal ini pulalah yang dulu membuat hubungan Kakà dan Andriy Shevchenko sangat dekat, Shevchenko juga seorang peribadi religious sehingga Kakà merasa begitu dekat dengannya, namun hubungan itu telah terputus setelah Shevchenko pindah ke Chelsea musim ini, tetapi Kakà masih berhubung dengan Shevchenko. Kakà sangat menyukai warna putih yang melambangkan kesucian serta ketulusan. Kakà sangat suka berdoa, bahkan ia sering mengajak rakan-rakannya turut berdoa. Kakà termasuk seorang yang menggilai kereta Ferarri, ia suka dengan modelnya yang sporty dan elegan. Kakà juga meminati aktor Tom Hanks.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar